Free Fire World Series 2022 telah bermula sejak 14 Mei 2022 dan berakhir hujung minggu lepas yang telah memperlihatkan 12 pasukan bertempur untuk merebut hadiah terkumpul $2 juta. Pasukan Attack All Around dari Thailand telah menjadi pemenang dengan mengumpul 92 mata, mereka membawa pulang hadiah tunai $500 ribu.

Kemenangan Attack All Around boleh dikatakan sebagai satu kejutan kerana mereka adalah salah satu daripada empat pasukan yang layak melalui pusingan kelayakan berbanding dijemput terus.

Di tempat kedua adalah satu lagi pasukan dari Thailand yang juga juara untuk tahun lepas iaitu Team EVOS Phoenix dengan perbezaan satu mata sahaja. Manakala di tempat ketiga adalah Vastomundo dari Eropah yang mendapat 75 mata.

Manakala wakil tunggal Malaysia di peringkat akhir iaitu Farang Esports mendapat tempat ke-9 selepas mendapat 37 mata, mereka membawa pulang hadiah tunai $70 ribu. Satu lagi pasukan Malaysia iaitu Todak tersingkir di peringkat kelayakan.

Tahniah kami ucapkan untuk semua pemenang.

Sohor Kini