Ubisoft telah mengumumkan yang kejohanan esukan di Asia Tenggara tidak lagi dianjurkan secara berasingan mengikut negara, akan tetapi akan disatukan di dalam satu kejohanan iaitu Rainbow Six Operation League Southeast Asia.

Kejohanan ini akan melibatkan 8 pasukan dari Asia Tenggara iaitu 6 pasukan akan dijemput berdasarkan prestasi mereka pada musim lepas, iaitu dua pasukan dari Taiwan, Thailand dan Malaysia/Singapura/Filipina/Indonesia.

Pasukan-pasukan yang dijemput adalah Dire Wolves dan Velocity9 dari Taiwan, Elevate dan Fury dari Thailand, Roosters dan Invictus Gaming International dari Malaysia/Singapura/Filipina/Indonesia.

2 lagi pasukan adalah melalui peringkat kelayakan terbuka. Pendaftaran untuk pusingan kelayakan ini sudah dibuka bermula sekarang sehingga 5 Jun 2022. Anda boleh lakukan pendaftaran melalui pautan ini.

Berikut adalah jadual kejohanan;

  • Kelayakan: 8/6/2022 – 12/6/2022
  • Musim Biasa – 18/6/2022 – 24/7/2022
  • Playoff – 30/7/2022 – 31/7/2022

Tom Clancy’s Rainbow Six Siege sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, dan PC. Ia akan menerima musim baharu iaitu Musim 2 untuk Tahun 7 tidak lama lagi.

Sohor Kini