The Assistant Kutip RM1 Juta Selepas 4 Hari Tayangan

Hairul Azreen iaitu antara pelakon utama untuk filem tempatan The Assistant telah berkongsi di Instagram beliau yang filem tersebut telah mengutip RM1 juta selepas 4 hari ditayangkan.

Beliau juga mengatakan yang sangat berbangga dengan prestasi filem ini di Box Office walaupun ia adalah filem untuk 18 tahun ke atas sahaja dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong filem ini.

The Assistant diarah oleh Adrian Teh dan melibatkan senarai pelakon seperti Iedil Dzuhrie Alaudin, Hairul Azreen, Kin Wah Chew, dan Henley Hill. Ia ditulis oleh Chi-Ren Choong dan Andrian Teh sendiri. Anda boleh baca ulasan kami di pautan ini; Ulasan The Assistant – Aksi Padu, Tapi Cerita Sendu.

Studio produksi untuk The Assistant adalah Act 2 Pictures dan diedarkan oleh Sony Pictures.

Sohor Kini