Ubisoft telah mengumumkan musim baharu untuk Tom Clancy’s Rainbow Six Siege iaitu Musim 2 untuk Tahun ke-7 yang menggunakan judul “Operation Vector Glare”. Ia akan bermula pada 7 Jun 2022 yang akan memperkenalkan operator baharu iaitu Sens, peta baharu dan juga penambah-baikkan bentuk permainan.

Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

Sens merupakan operator kelas Attacker yang berasal dari Belgium, antara peralatan yang boleh digunakan adalah R.O.U Projector System yang akan membentuk penghadang untuk menghalang daripada lawan dapat melihat pergerakan Sens dan juga rakan. Sens menggunakan senjata baharu iaitu POF-9 atau 417 sebagai senjata utama dan SDP 9MM atau GONNE-6 sebagai senjata kedua.

Selain itu, peta baharu untuk mod Team Deathmatch juga disertakan iaitu Close Quarter yang bertempat di Greece. Peta ini lebih memfokuskan kepada pergerakan berbanding bertahan.

Bagi meningkatkan lagi pengalaman bermain, Sistem Reputasi diperkenalkan dan antaranya adalah jika pemain terlalu kerap menembak rakan sendiri, amaran akan diberikan. Ia juga akan mengambil tindakan terhadap pemain yang menyalah guna sistem membatalkan permainan.

Ubisoft juga telah mengumumkan kerjasama dengan SEGA untuk menyertakan kandungan berdasarkan Yakuza di dalam permainan ini. Melaluinya pemain boleh mendapatkan kostum Kiryu Kazuma untuk Echo dan Kaoru Sayama untuk Hibana.

Tom Clancy’s Rainbow Six Siege sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, dan PC.

Sohor Kini