The Chant sudah diumumkan sebagai antara permainan pertama yang akan diterbitkan oleh Prime Matter, ia sebelum ini diumumkan akan tiba pada suku kedua tahun ini akan tetapi mungkin tertunda untuk beberapa bulan, tetapi masih akan dikeluarkan tahun ini.

Dibangunkan oleh Brass Token mereka telah berkongsi treler acah pertama untuknya dan anda boleh tonton di bawah.

The Chant adalah permainan seram aksi pengembaraan, di mana sekumpulan kultus telah melakukan satu upacara yang secara tidak sengaja membuka portal ke tempat jahat iaitu “The Gloom”. Portal ini membuatkan orang sekeliling menjadi hilang akal.

Ia akan dikeluarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC.

Sohor Kini