Kemaskini – Valve telah mengumumkan secara rasmi yang kejohanan terbesar Dota 2 iaitu The International buat kali ke-11 akan dianjurkan di Singapura. Mereka juga mengumumkan tarikh penganjuran iaitu pada bulan Oktober 2022.

Artikel Asal – Akaun Twitter Dota 2 telah mengeluarkan beberapa ciapan yang berkongsi gambar-gambar pemandangan di Singapura, dengan teks seperti “Jumpa anda di sana”.

Walaupun ini tidak mengesahkan apa-apa, akan tetapi beberapa pengikut perkembangan Dota 2 telah mengatakan yang ini menandakan yang kejohanan terbesar untuk Dota 2 iaitu The International 11 akan dianjurkan di Singapura.

Ini termasuk juga Wykrhm Reddy yang turut berkongsi poster promosi untuk pengumuman TI11 di Singapura.

Jika ini adalah benar, ia menjadikan buat pertama kali The International akan dianjurkan di Asia Tenggara, satu perkembangan yang sangat positif untuk benua ini.

Sohor Kini