Selepas pertempuran selama tiga hari, peringkat akhir untuk kejohanan PUBG Mobile di Sukan SEA akhirnya selesai dan pasukan Malaysia berjaya mendapat gangsa apabila Pasukan Malaysia 1 menjadi pasukan tiga terbaik. Sekali gus memberi pingat ketiga untuk kontinjen Malaysia bagi esukan.

Walaupun bermula dengan perlahan untuk pusingan-pusingan lepas, akan tetapi Pasukan Malaysia 1 berjaya mendapat chicken dinner secara berturut-turut di pusingan 14 dan pusingan 15, sekali gus mencuri gangsa dari Myanmar dengan perbezaan satu mata.

Ini menebus kekecewaan untuk kategori solo di mana Jumper yang kedudukan tertinggi hanya berada di kedudukan keenam, diikuti uHigh di tempat ke sepuluh. Manakala empat lagi pemain Malaysia berada di kedudukan atas 20. Pasukan Malaysia 1 juga mendapat tempat ketiga ketika pusingan kelayakan.

Seperti kategori solo di mana pemain Vietnam dan Indonesia mendapat pingat emas dan perak, kategori berkumpulan juga di-dominasi oleh pasukan daripada dua negara tersebut apabila Pasukan Indonesia 2 mendapat pingat emas, Pasukan Vietnam 1 mendapat perak.

Pasukan Malaysia 1 terdiri daripada pemain-pemain TABAH NSEA iaitu XRush, Franky, Magix, FlaxOP bersama dengan Jumper dari pasukan Axis RedOne. Manakala Pasukan Malaysia 2 terdiri daripada pemain-pemain Geek FAM iaitu DamRUDE, QB, Snipers, Sonix7days bersama dengan uHigh yang sedang bermain dengan pasukan dari Indonesia iaitu Bigetron RA.

Sumber Gambar: MESF

Sohor Kini