Kekecewaan dikalahkan oleh Filipina pada peringkat kalah mati semalam berterusan pada hari ini apabila pasukan League of Legends Malaysia kalah kepada Singapura dengan skor 1-3 untuk merebut pingat gangsa, sekali gus gagal menyumbangkan pingat seterusnya untuk kontinjen esukan Malaysia.

Bagi pingat emas dan perak, Filipina yang mengalahkan Malaysia bertemu dengan Vietnam yang mengalahkan Singapura.

Pasukan Malaysia untuk League of Legends diwakili oleh pemain-pemain SEM9 iaitu Shiro, Arashi, Lezar, Clayx, Felia, Qaspiel dan Kirino yang sebelum ini dikenali sebagai Berjaya Dragons.

Sohor Kini