Pasukan Arena of Valor Malaysia hari ini gagal untuk menempah tempat ke peringat akhir apabila sekali dikalahkan oleh tuan rumah iaitu Vietnam dengan skor 3-0. Namun, selaku pasukan ketiga terbaik di dalam kejohanan ini, mereka masih lagi membawa pulang gangsa.

Vietnam bertemu dengan Thailand untuk merebut pingat emas, di mana pada perlawanan kedua peringkat kalah mati sebelum ini, Thailand sudah mengalahkan Vietnam dengan skor 3-0.

Ini merupakan pingat kedua bagi kontinjen esukan di Sukan SEA selepas pasukan FIFA Online 4 turut menyumbangkan pingat gangsa pada minggu lepas.

Arena of Valor Malaysia terdiri daripada pemain-pemain daripada pasukan A Dope Team iaitu Yong Leong, Ji Hong, Chia Chien, Wei Han, Yong Chen, Hong Xin dan Zi Yang.

Sohor Kini