Pasukan Arena of Valor Malaysia buat masa ini sudah disahkan akan sekurang-kurangnya menerima pingat gangsa apabila menjadi pasukan ketiga terbaik di peringkat liga selepas menang 1, seri 1 daripda 4 perlawanan.
Namun, mereka berpeluang untuk mendapatkan pingat perak ataupun gangsa melalui peringkat kalah mati yang sedang berlangsung. Perlawanan pertama untuk peringkat kalah mati memperlihatkan pasukan Malaysia tewas kepada tuan rumah Vietnam dengan skor 3-0.
Vietnam akan bertemu Thailand iaitu pasukan terbaik untuk peringkat liga bagi menentukan pasukan pertama yang akan layak ke peringkat akhir. Manakala Malaysia akan menantikan sama ada Vietnam ataupun Thailand untuk bertempur bagi merebut slot kedua ke peringkat akhir dan juga menentukan pasukan mana yang mendapat pingat gangsa esok.
Arena of Valor Malaysia terdiri daripada pemain-pemain daripada pasukan A Dope Team iaitu Yong Leong, Ji Hong, Chia Chien, Wei Han, Yong Chen, Hong Xin dan Zi Yang.