Pasukan League of Legends Malaysia terpaksa menyimpan hajat untuk membawa pulang pingat emas di Sukan SEA apabila dikalahkan oleh Filipina di peringkat kalah mati dengan skor 3-1. Namun, mereka masih lagi berpeluang untuk mendapat gangsa.

Pasukan Malaysia layak ke peringkat kalah mati apabila berada di tempat kedua di peringkat liga dengan memenangi 2 daripada 4 perlawanan. Manakala Filipina adalah juara untuk kumpulan mereka dengan memenangi 3 daripada 4 perlawanan.

Lawan pasukan Malaysia untuk pingat gangsa esok akan ditentukan melalui satu lagi pusingan kalah mati di antara Vietnam dan Singapura yang akan berlangsung sekejap lagi.

Pasukan Malaysia untuk League of Legends diwakili oleh pemain-pemain SEM9 iaitu Shiro, Arashi, Lezar, Clayx, Felia, Qaspiel dan Kirino yang sebelum ini dikenali sebagai Berjaya Dragons.

Sohor Kini