Stranger Things 4 adalah antara siri TV yang aku nanti-nantikan. Ia adalah antara siri TV asli Netflix kegemaran. Musim keempat dikatakan akan lebih seram daripada se belum ini.

Netflix baru-baru ini berkongsi klip 8 minit pertama episod satu Stranger Things 4;

Ia dilihat pergi kembali ke musim pertama, ketika Eleven masih kanak-kanak. Dr. Martin Brenner lakonan Matthew Modine dilihat sedang melatih Ten, secara tiba-tiba Ten dapat rasakan sesuatu sedang berlaku dan Six bersama doktor lain telah mati.

Seorang demi seorang mati, selepas satu kemalangan ke atas Dr. Brenner – beliau sedari semua ini adalah tingkah laku Eleven. Hanya 8 minit ini sahaja sudah rasakan keseramannya, apatah lagi untuk sembilan episod.

Stranger Things 4 episod 1-7 akan disiarkan bermula 27 Mei, manakala episod 8-9 pada 1 Julai eksklusif di Netflix.

Sohor Kini