Genshin Impact sepatutnya menerima kemaskini utama pada pertengahan bulan ini, akan tetapi akibat lockdown yang berlaku di China, mereka terpaksa menunda ke satu tarikh yang tidak diumumkan. Sebagai pampasan kerana penundaan ini, mereka juga telah menawarkan Primogen setiap minggu sehingga ia dilancarkan.

Minggu ini, Hoyoverse telah mengumumkan kemaskini 2.7 tersebut akhirnya akan dilancarkan pada 31 Mei 2022 yang antaranya membawa penceritaan dan juga dua watak baharu. Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

Melalui kemaskini yang menggunkaan judul “Hidden Dreams in the Depths” ia akan membawa pemain kembali ke The Chasm untuk penceritaan Archon yang baharu. Pemain akan bersama dengan Yanfei, Arataki Itto dan juga dua watak baharu iaitu Yelan dan juga Kuki Shinobu. The Chasm juga akan mempunyai misi sampingan “A Muddy Bizarre Adventure”.

Terdapat juga penceritaan berkait dengan Xiao di mana ia akan memperlihatkan bagaimana rakyat Liyue melawan dengan raksasa 500 tahun yang lalu. Menyelesaikan misi ini juga akan membuka cabaran baharu iaitu “Realms of Guile and War”.

Dua watak baharu yang akan disertakan adalah Yelen iaitu watak 5-bintang yang menggunakan panah sebagai senjata dengan elemen Hydro. Manakala Kuki Shinobu pula adalah watak 4-bintang yang menggunakan pedang dan menggunakan elemen Electro.

Genshin Impact sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, PC, iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini