Ocean’s Eleven, Twelve dan Thirteen adalah francais filem rompakan yang menarik dan unik. Ia penuh dengan drama serta perkembangan watak yang memuaskan. Kemudian pada tahun 2018, filem sampingan telah dikeluarkan iaitu Ocean’s 8.

Terkini menurut The Hollywood Reporter, Warner Bros. akan hadir dengan filem prekuel Ocean’s Eleven. Filem ini akan diarahkan oleh Jay Roach, iaitu pengarah filem Bombshell dan francais Austin Powers.

Filem ini akan berlaku di sekitar Eropah pada tahun 1960-an, mengenai kaki tipu dan rompakan. Ia juga adalah sebuah filem komedi. Pelakon utama dipilih untuk filem ini adalah Margot Robbie.

Buat masa ini, filem ini masih di awal pembangunan dan belum diluluskan lagi pun oleh Warner Bros. Jika ia diteruskan, penggambaran akan berlaku pada hujung 2023. Margot Robbie turut terlibat sebagai penerbit melalui syarikat beliau LuckyChap, dan dengan jadual beliau sibuk untuk filem Barbie – tidak pasti apakah nasib kepada filem ini.

Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini