Studio Kembara sebelum ini telah mengumumkan yang filem berdasarkan tokoh sejarah Mat Kilau akan ditayangkan di pawagam pada 23 Jun ini, dan mereka juga telah berkongsi video di-belakang tabir untuknya.

Terbaru, Studio Kembara juga telah berkongsi treler pertama untuk filem tersebut yang memperlihatkan pelbagai konflik yang berlaku akibat penjajahan British dan juga perjuangan rakyat tempatan melawan mereka.

Anda boleh tonton video tersebut di bawah.

Filem ini diarahkan oleh Syamsul Yusof dan juga ditulis oleh beliau bersama dengan Shahruddin Dali, manakala barisan pelakon pula adalah Adi Putra yang akan menjadi Mat Kilau, Fattah Amin sebagai Awang bersama dengan Beto Kusyairy, Yayan Ruhian dan Johan Asari.

Sohor Kini