Tahun lepas, Netflix telah memperkenalkan butang Play Something yang akan memainkan kandungan secara rawak berdasarkan minat pengguna. Ciri ini amat membantu ketika diri saya rasa bosan dan sudah buntu tidak tahu ingin tonton apa.

Terkini, Netflix telah hadir dengan satu konsep yang sama untuk Netflix Kids iaitu Mystery Box.

Di Netflix Kids akan ada satu baris khas untuk kandungan kegemaran. Salah satu imej kenit (thumbnail) akan memaparkan ikon tanda soal dengan latar belakang yang bersinar. Tekan sahaja ia akan memainkan kandungan rawak yang baru untuk si kecil. Kandungan ini mungkin yang belum pernah ditonton atau berkaitan dengan kandungan kegemaran sedia ada.

Ciri ini dikatakan sudah pun diedarkan, anda hanya perlu masuk ke profil kanak-kanak dan cari baris kegemaran dan imej kenit tanda soal yang meriah ini.

Sohor Kini