RaceRoom adalah permainan simulasi perlumbaan kereta yang sering digunkan di dalam kejohanan-kejohanan esukan lumba kereta contohnya E1 sebelum ini. Ia adalah permainan percuma untuk dimuat turun dan dimainkan, akan tetapi pelbagai kandungan perlu pembayaran di dalam permainan.

Bermula 19 Mei, RaceRoom telah mengumumkan yang mereka memberi peluang kepada pemain untuk mencuba kandungan-kandungan tersebut secara percuma. Tawaran ini adalah sehingga 30 Mei dan berikut adalah antara kandungan yang disertakan;

  • 180+ kereta
  • 50+ litar
  • Semua mod yang ada

Anda boleh dapatkan tawaran ini dan juga baca maklumat lanjut mengenainya di Steam.

Terima kasih @thetyperrabbit kerana maklumat ini.

Sohor Kini