Umbrella Academy adalah satu lagi siri TV adiwira yang menarik untuk ditonton. Musim terbaru adalah yang ketiga, di mana Umbrella Academy akan menentang pasukan Sparrow Academy. Sparrow Academy adalah pasukan alternatif Umbrella kerana mereka merentas masa ke garis masa berlainan.

Treler kali ini jelas memperlihatkan setiap ahli Sparrow Academy. Watak Ben dilihat menjadi fokus utama kerana dalam garis masa ini, beliau masih hidup. dan sambil mereka berlawan dengan versi alternatif masing-masing, pasukan Umbrella turut merentas ke pelbagai garis masa lain.

Ben dilihat turut mempunyai kuasa yang sama, namun beliau dilihat tidak mempercayai pasukan Umbrella. Dalam treler masih tidak jelas plot keseluruhan musim ketiga ini. Tetapi kita boleh lihat aksi menarik yang berlaku dan pelbagai pengembaraan.

Watak baru Fei adalah seorang ahli sihir berkaitan dengan burung dan Alphonso pula adalah seorang yang adi-kuat dengan wajah yang cair. Watak Vanya juga boleh kita lihat dalam treler ini ada perjalan beliau berubah menjadi Viktor. Tetapi dengan siapa sebenarnya mereka menentang? Siapakah sebenarnya penjahat utama dan adakah Umbrella dan Sparrow akan berganding bahu atau kekal bermusuhan?

Siri TV ini akan disiarkan pada 22 Jun akan datang di Netflix.

Sohor Kini