Epic Games Store telah menganjurkan jualan promosi Epic Mega Sale bermula sekarang sehingga 16 Jun 2022. Seperti biasa, mereka menawarkan kupon potongan harga sebanyak 25% kepada semua akaun untuk digunakan di mana-mana pembelian RM59.99 dan ke atas, setiap pembelian ini juga akan memberikan semula kupon tersebut untuk digunakan di transaksi yang seterusnya.

Menariknya kali ini, pembeli tidak lagi terhad kepada satu permainan yang berharga RM59.99 sahaja, sebaliknya pemain boleh membeli dua permainan yang berharga RM30 setiap satu untuk memboleh penggunaan kupon yang sama. Ini adalah perkara yang baik kerana tidak terhad kepada beberapa jenis permainan sahaja dan menggalakkan pemain untuk membeli permainan-permainan indie yang lebih murah.

Mereka juga telah mengumumkan Epic Mega Delas yang akan menawarkan barangan-barangan di dalam permainan, tawaran ini akan ditukar pada setiap hari Khamis, dan hari ini ia bermula dengan tawaran untuk Rocket League, Fortnite dan Warframe. Anda boleh semak Epic Mega Deals di pautan ini.

Meneruskan penawaran permainan percuma mingguan mereka, bersempena dengan Epic Mega Sale ini, mereka akan menawarkan permainan mercu dan pada minggu ini ia bermula dengan Borderlands 3. Manakala untuk minggu depan, ia masih misteri.

Sohor Kini