Borderlands 3 Percuma Di Epic Games Store Sehingga Minggu Depan

Pada minggu lepas, Epic Games Store tidak mengumumkan permainan yang akan ditawarkan secara percuma untuk tawaran mingguan mereka, hari ini ia telah diumumkan, iaitu Borderlands 3 yang boleh ditebus bermula sekarang sehingga 26 Mei 2022.

Borderlands 3 merupakan permainan terbaru di dalam siri looter shooter oleh Gearbox ini, ia dikeluarkan pada tahun 2019 dan merupakan satu permainan yang menyeronokkan walaupun penulisan mungkin agak cringe di beberapa bahagian. Anda boleh baca ulasan penuh di pautan ini; Ulasan Borderlands 3 – Kembali Menjadi Looter Shooter Terbaik.

Muat Turun: Borderlands 3

Selepas tawaran ini berakhir iaitu pada 26 Mei kelak, ia akan digantikan dengan satu permainan misteri. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini