Pasukan Mobile Legends Malaysia di Sukan SEA tidak berjaya untuk sekurang-kurangnya mendapat pingat perak apabila tewas kepada pasukan Indonesia di peringkat separuh akhir hari ini dengan skor 2-0, pasukan Malaysia sebelum ini layak ke peringkat separuh akhir selepas memenangi 2 daripada 3 perlawanan peringkat liga.

Walaupun kecewa tidak dapat bertanding untuk merebut pingat emas, Pasukan Malaysia masih lagi dapat menyumbang pingat bagi kontinjen Malaysia dengan melawan pasukan Singapura yang tewas kepada pasukan Filipina di peringkat separuh akhir awal hari ini.

Perlawanan di antara Malaysia dan Singapura akan berlangsung sekitar malam ini dan peringkat akhir di antara Filipina dan Indonesia akan berlangsung esok.

Pasukan Mobile Legends Malaysia adalah Idreen Bin Abdul Jamal (Momo), Muhammad Danial (CikuGais), Zikry Bin Shamsuddin (Moon), Wan Usman (4Meyz) dan Mohammad Zul Hisham Mohd Noor (Xorn) untuk barisan utama, Mohamad Farhan Wakiman (Moyy) dan Muhammad Amirul Raziq (Ajiq) untuk pemain sampingan.

Kesemua pemain adalah dari pasukan TODAK kecuali Xorn dari Geek Fam.

Sohor Kini