Ubisoft telah mengumumkan yang mereka akan menawarkan perkhidmatan langganan Ubisoft+ mereka di PlayStation dan juga Xbox di masa hadapan, buat masa ini ia hanya ditawarkan di Stadia, Luna dan PC. Namun, perkhidmatan ini hanya ditawarkan di beberapa negara sahaja dan tidak termasuk Malaysia.

Ubisoft juga telah mengumumkan Ubisoft+ Classics yang akan menawarkan permainan-permainan terpilih Ubisoft. Ubisoft+ Classics akan disertakan untuk pelanggan PlayStation Plus Extra dan PlayStation Plus Deluxe.

Antara permainan yang akan ditawarkan bersama dengan Ubisoft+ Classics adalah Assassin Creed Valhalla, The Division, Far Cry 4, South Park dan Watch Dogs. Semasa dilancarkan ia akan menawarkan 27 permainan dan akan ditambah menjadi 50 permainan pada tahun 2022.

Sohor Kini