Ubisoft telah mengumumkan yang Roller Champions akan dilancarkan pada 25 Mei 2022 sebagai permainan percuma untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC melalui Ubisoft Store. Ia juga boleh dimainkan di PlayStation 5 dan Xbox Series melalui keserasian belakang.

Anda boleh tonton video pelancaran di bawah.

Roller Champions adalah permainan seakan Roller-Derby di mana dua pasukan yang terdiri daripada tiga pemain akan bertanding untuk mendapatkan mata dengan membaling bola ke gawang, selain itu pemain juga boleh mengelilingi arena untuk mendapatkan mata selagi memegang bola yang boleh dirampas.

Sesi permainan akan menyokong rentas platform, selain itu ia juga menyokong rentas kemajuan membolehkan anda menggunakan akaun yang sama di platform-platform berbeza. Roller Champions juga akan dikeluarkan untuk Nintendo Switch di masa hadapan.

Anda boleh tonton video bentuk permainan di bawah.

Sohor Kini