Bagi para peminat siri “Penyiasat Remaja”, kini siri-TV aksi langsung dari Jepun, iaitu The Files of Young Kindaichi telah pun diterbitkan melalui platform penstriman Disney+ Hotstar.

Bagi yang tidak mengenali akan siri ini, ia memfokuskan kepada watak Hajime Kindaichi yang merupakan seorang pelajar dan juga detektif dengan IQ tinggi. Hajime Kindaichi sedang terlibat dalam pelbagai kes dan menyelesaikan masalah dan misteri disebaliknya, sekaligus mencari penjenayah dalam sesuatu kes berkenaan.

Siri ini diterbitkan secara mingguan, dan episod pertama telah boleh ditonton melalui Disney+ Hotstaar hari ini.

Sohor Kini