Sony sebelum ini telah mengumumkan yang mereka akan menawarkan cover rasmi untuk PlayStation 5 dan akan hadir dengan lima pilihan warna iaitu Midnight Black, Cosmic Red, Nova Pink, Starlight Blue, dan Galactic Purple.

Midnight Black dan Cosmic Red sudah mula ditawarkan pada bulan Januari lagi, dan setakat ini ia sudah habis terjual, sekurang-kurangnya di laman rasmi Sony. Terkini, mereka juga telah mengumumkan tiga lagi pilihan warna akan mula ditawarkan pada bulan depan.

Beberapa negara seperti Amerika Syarikat, UK, Perancis, dan Jerman akan menerimanya pada 17 Jun, manakala pasaran Malaysia berkemungkinan lebih lambat sekitar akhir bulan depan.

Cover PlayStation 5 ini ditawarkan dengan harga RM259.

Sohor Kini