Pada bulan lepas, Garena telah mengumumkan Zizan Razak menjadi duta untuk Free Fire bersempena dengan kempen ‘Free Fire Untuk Semua’ yang berlangsung sehingga Ogos 2022 untuk menggalakkan lagi pemain-pemain untuk mencuba permainan battle royale tersebut.

Terkini, mereka telah mengumumkan Ismail Izzani iaitu penyanyi muda tempatan adalah yang seterusnya menyertai kempen ini, sebagai tambahan untuk kempen ini mereka hadir pula dengan “Free Fire Untuk Semua Hobi” yang akan berlangsung sehingga 3 Jun 2022.

Bersempena dengan kempen ini, dan juga kejohanan Free Fire World Series (FFWS) 2022 yang akan berlangsung pada hujung minggu ini, Ismail Izzani hadir dengan lagu yang menggunakan kesan bunyi permainan Free Fire berjudul “Light of the World”.

Lagu ini akan tiba di Spotify pada 20 Mei dan video muzik akan dipertontonkan pada 21 Mei semasa penyiaran untuk FFWS 2022. Lagu ini akan menyertai ‘Heroes Arise’ yang sudah tiba sebelum ini.

Free Fire sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini