Yoodo telah mengumumkan kerjasama dengan Asus Republic of Gamers (ROG) untuk menganjurkan kejohanan baharu bagi permainan Mobile Legends: Bang Bang iaitu Liga Esukan Amatur Mobile Legend ROG x Yoodo.

Kejohanan ini bakal memperlihatkan 64 pasukan dari Malaysia bertanding untuk merebut hadiah terkumpul RM12 ribu dan juga 20 ribu Diamonds Mobile Legends.

Pendaftaran untuknya sudah bermula pada 19 Mei sehingga 27 Mei dengan pusingan kelayakan akan berlangsung pada 29 Mei, diikuti peringkat kumpulan pada 4, 5, 25 dan 26 Jun 2022 dan peringkat akhir pada 2 Julai 2022.

Anda boleh lakukan pendaftaran di pautan ini; https://geekevents.asia/mlbb-amateur-league/

Sohor Kini