Ikon legenda Marvel iaitu Stan Lee, telah pun meninggal dunia pada tahun 2018. Sejak pada itu, filem-filem Marvel tiada lagi penampilan istimewa yang sedia terkenal dalam mana-mana filem Marvel termasuk yang bukan MCU.

Terkini Genius Brands, iaitu antara pemegang IP seperti Inspector Gadget dan rakan kerjasama POW! Entertainment iaitu studio milik Stan Lee mengumumkan mereka telah melakukan perjanjian bersama Marvel Studios.

Perjanjian ini akan membenarkan Marvel Studios menggunakan paras rupa dan nama Stan Lee untuk barangan eksklusif, filem, siri TV atau juga di taman tema selama 20 tahun.

Cameo dalam Endgame

Ini bermakna kelak, Stan Lee mungkin boleh kembali muncul dalam filem-filem Marvel sebagai watak penampilan khas seperti sebelum ini. Jika anda tertanya bagaimana, deep fake, CGI pada wajah, nama disebut, gambar dipaparkan dalam filem dan sebagainya semuanya boleh.

Stan Lee adalah antara penulis komik hebat yang mencipta Spider-Man, Fantastic Four, Thor, Iron Man, Hulk, X-Men dan banyak lagi. Dengan Marvel Studios banyak merancang dan sedang membangunkan filem-filem, ini mungkin peluang mereka untuk kembali menarik hati peminat Stan Lee.

28 Disember 2022 kelak adalah hari jadi Stan Lee, mungkin akan ada sesuatu daripada Marvel? Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini