Microsoft telah mengumumkan senarai permainan yang akan disertakan di dalam Xbox Game Pass dan juga PC Game Pass pada akhir bulan ini, antara permainan utama yang disertakan adalah Jurassic World Evolution 2 iaitu permainan pengurusan taman tema, Faming Simulator 22 dan juga Sniper Elite 5.
Selain itu, ia juga banyak menyertakan permainan indie terutama untuk PC Game Pass seperti Vampire Survivor, Floppy Knights dan Hardspace: Shipbreaker.
Berikut adalah senarai penuh permainan yang akan menyertai Xbox Game Pass pada pertengahan tahun ini;
Mereka juga mengumumkan permainan-permainan yang akan meninggalkan perkhidmatan ini pada 31 Mei;
Permainan-permainan tersebut ditawarkan dengan harga 20% jika anda ingin mendapatnya secara penuh, kecuali Knockout City yang diumumkan akan menjadi permainan percuma untuk dimainkan.
Di pasaran Malaysia, hanya PC Game Pass ditawarkan secara rasmi di mana ia ditawarkan dengan harga RM5 untuk tiga bulan pertama dan RM15 sebulan untuk bulan-bulan seterusnya – PC Game Pass Kini Rasmi Di Malaysia.