Activision telah mengumumkan yang mod multi-pemain untuk Call of Duty Vanguard boleh dicuba secara percuma bermula pada 18 Mei sehingga 24 Mei 2022. Melaluinya, pemain boleh akses kesemua peta dan juga mod termasuk juga peta baharu Mayhem.
Pemain juga boleh mencuba mod Arms Race iaitu satu pertempuran di peta yang besar yang memerlukan pemain untuk menawan kawasan-kawasan lawan. Pemain boleh menggunakan kenderaan untuk bergerak dengan lebih cepat.
Selain itu, pemain juga boleh mencuba mod-mod klasik seperti Dome, Castle, Radar dan Shipment.
Call of Duty Vanguard sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, dan PC.