Fairmont Hotels & Resorts iaitu penyedia hotel mewah di Singapura telah mengumumkan kerjasama dengan Razer untuk hadir dengan suite mewah gaming pertama di dunia. Mereka telah mengubah tiga suites mewah untuk menjadi tempat bermain permainan video dengan pelbagai peralatan yang disediakan oleh Razer.

Mereka hadir dengan tiga bilik berbeza iaitu Razer Gamer & Streamer Suite, Razer Console Lounge dan Razer Mercury Suite.

Razer Gamer & Streamer Suite dilengkapi dengan peralatan untuk pertandingan 5 lawan 5, termasuk juga sokongan LAN untuk pemain yang ingin melakukan parti LAN ataupun menganjurkan pertandingan esukan. Ia juga menyertakan bilik strimer yang dilengkapi dengan peralatan strimer oleh Razer.

Antara kelengkapan yang disediakan adalah Razer Raptor 27, papan kekunci Razer Huntsman V2, Razer BlackShark V2, Razer Iskur dan Razer Blade 15 yang boleh dipinjam jika tidak ingin menggunakan laptop ataupun PC sendiri.

Harga sewa adalah $240 (~RM761) untuk 2 jam dan 6 pemain dengan tambahan $35 (~RM111) untuk tambahan pemain (maksima 11 pemain). Manakala untuk 4 jam ia adalah $420 (~RM1333) untuk 6 pemain dengan $70(~RM222) untuk tambahan pemain.

Razer Console Lounge pula adalah khusus untuk pemain yang ingin bermain konsol di suite mewah, ia disertakan dengan kedua-dua konsol generai terkini iaitu PlayStation 5 dan Xbox Series bersama dengan alat kawalan Razer Wolverine V2 Chroma.

Antara permainan yang disediakan untuk PlayStation 5 adalah Street Fighter V: Champions Edition manakala untuk Xbox Asphalt Legends, Back 4 Blood, Forza Horizon 5, Gears of War 5, Mortal Kombat 11 dan A Way Out. Pemain juga mungkin boleh membawa permainan mereka sendiri.

Bersama dengan konsol tersebut, suite ini juga dilengkapkan dengan TV 70-inci dan set fon kepala Razer Kaira for Xbox.

Harga sewa adalah $180 (~RM571) untuk 2 jam dan $320 (~RM1015) untuk 4 jam, ia adalah untuk 6 pemain iaitu jumlah maksima bagi suite ini.

Razer Mercury Suite adalah suite seperti Razer Gamer akan tetapi lebih kasual dan berbanding untuk pertandingan 5 lawan 5, ia adalah 3 lawan 3 dengan hiasan yang boleh ditukar warna. Anda boleh membawa komputer riba tersendiri ataupun menyewa Razer Blade 15.

Antara kelengkapan yang disediakan adalah Razer Seiren V2 Pro, Razer Iskur X, Razer Lumbar, Razer Kraken V3 HyperSense dan Razer Enki.

Harga sewa adalah $240 (~RM761) untuk 2 jam dan $420 (~RM1333) untuk 4 jam, ia adalah untuk 6 pemain iaitu jumlah maksima bagi suite ini.

Suite ini boleh mula di tempah dan akan ditawarkan sehingga April 2023 dan beroperasi dari pukul 9 pagi sehingga 11 malam setiap hari. Berminat, anda boleh lakukannya di pautan ini.

Sohor Kini