Netflix bakal menyiarkan satu filem yang dihasilkan oleh gabungan beberapa orang yang berbakat. Filem ini diarahkan oleh Joseph Kosinski (Tron Legacy, Top Gun Maverick) dan ditulis oleh Rhett Reese dan Paul Wernick (Deadpool, Zombieland).
Judul filem ini adalah Spiderhead. Pelakon utama filem ini adalah Chris Hemsworth (Thor), Miles Teller (Fantastic Four) dan Jurnee Smollett (Lovecraft Country). Filem ini diadaptasi daripada cerpen oleh George Saunders, Welcome to Spiderhead.
Filem ini menceritakan kisah sebuah penjara yang kelihatan aneh. Banduan di dalamnya tidak terperangkap dan bebas melakukan apa jua aktiviti dengan syarat – sejenis dadah boleh diuji pada mereka. Dadah ini boleh mengubah emosi dan tingkah laku setiap individu seperti jatuh cinta, marah, gembira atau membunuh.
Filem ini dilihat mempunyai elemen ngeri dan komedi. Watak Chris dilihat seakan ada merancang sesuatu yang misteri, sementara watak Miles tadi mungkin adalah hero atau watak kedua yang penting. Darah juga banyak terlibat dalam filem ini yang mungkin akan membuatkan penonton rasa lain macam.
Walaupun orang-orang hebat terlibat dalam filem ini, kita perlu nantikan siaran filem in bermula iaitu pada 17 Jun 2022 untuk ketahui adakah ia filem yang baik?