Persidangan 505 Games Showcase buat julung kalinya berlangsung hari ini, walaupun ia adalah satu persidangan ringkas, akan tetapi mereka ada mengumumkan beberapa permainan menarik termasuk juga buat pertama kali.

Anda boleh tonton persidangan penuh di bawah, dan kami juga akan senaraikan segala pengumuman yang dikongsi-kan.

Among the Trolls

Among the Trolls merupakan permainan aksi pengembaraan ketahanan hidup yang dibangunkan oleh Forbidden Studios. Di dalam permainan ini, pemain akan menjadi Alex ataupun Anna yang melawat kampung tetapi mendapati yang datuk dan nenek dia menghilangkan diri. Pemain perlu meneruskan hidup di dalam hutan yang dipenuhi dengan perkara mistik untuk menyiasat apa yang berlaku.

Ia akan dikeluarkan secara akses awal di Steam sekitar tahun ini.

Stray Blade

Stray Blade adalah permainan aksi pengembaraan yang dibangunkan oleh Point Blank Games. Pemain akan mengembara dunia Acrea bersama dengan satu makhluk iaitu Boji yang juga akan membantu pemain di dalam pertempuran. Mereka berkongsi lanjut mengenai permainan ini ketika persidangan akan tetapi anda boleh tonton treler yang memfokuskan pertempuran yang sudah dikongsi sebelum ini.

Stray Blade akan dikeluarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC melalui Steam dan juga Epic Games Store sekitar tahun 2023.

Miasma Chronicles

Miasma Chronicles adalah permainan aksi pengembaraan yang dibangunkan oleh The Bearded Ladies iaitu pembangun untuk Mutant Year Zero. Ia masih di peringkat awal dan tidak banyak informasi yang dikongsikan. Menurut 505 Games, ia akan menyertakan pertempuran mengikut turutan dan dunia yang luas untuk diteroka.

Miasma Chronicles akan dikeluarkan sekitar tahun 2023 untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC melalui Steam dan juga Epic Games Store.

Eiyuden Chronicle

505 Games juga berkongsi lanjut mengenai Eiyuden Chronicle di mana mereka hadir dengan dua permainan iaitu Eiyuden Chronicle Rising iaitu permainan sampingan untuk Eiyuden Chronicle Hundred Heroes. Rising sudah dikeluarkan dan anda boleh tonton treler pelancaran di bawah dan juga maklumat lanjut di artikel ini. Manakala Hundred Heroes akan dikeluarkan sekitar tahun 2023.

Ia dibangunkan oleh Rabbit & Bear Studios yang juga pembangun untuk siri klasik Suikoden.

Sohor Kini