The Boys akan kembali dengan musim ketiga. Pasukan Butcher akan meneruskan semangat untuk menentang Vought dan The Seven. Selepas apa yang berlaku dalam musim kedua, kita tahu yang Homelander ini sukar untuk dihentikan.

Adakah dalam musim ketiga ia berbeza?

Apa yang pasti, Butcher kini memiliki kuasa dan akan menggunakannya untuk menentang musuh. Kemudian musim ketiga juga dilihat penuh dengan aksi ngeri yang dahsyat. Treler penuh yang baru sahaja diterbitkan mendedahkan lebih banyak aksi yang penuh dengan darah, ganas melampau dan mengerikan.

Masih tidak pasti apa yang akan diselesaikan dalam filem ini, adakah sekali lagi watak baru muncul akan mati sebelum menanti watak utama The Seven? Apa yang jelas, kali ini ia mungkin akan banyak fokus kepada watak Soldier Boy lakonan Jensen Ackles. Soldier Boy dilihat melakukan aksi John Walker (U.S Agent, lakonan Wyatt Russell) seperti dalam The Falcon and the Winter Soldier.

Siri TV ini akan disiarkan pada 3 Jun 2022 di Prime Video. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini