Francais filem Predator kali terakhir ditayangkan adalah pada tahun 2018. Ia memberi petanda yang manusia boleh menggantikan mereka untuk memburu makhluk asing atau raksasa dengan sut perisai.

Selepas empat tahun dengan jumlah empat filem Predators (tidak termasuk Alien vs Predators), filem kelima akan tiba tidak lama lagi. Filem ini berjudul Prey dan diarahkan oleh Dan Trachenberg, iaitu pengarah 10 Cloverfield Lane, The Boys dan Black Mirror.

Filem Prey berlaku 300 tahun di masa lampau, iaitu ketika zaman Comanche berkuasa. Bagaimana jika Predators turun ke bumi ketika zaman ini, tanpa di bumi ada teknologi dan kecanggihan. Apa yang berlaku di antara manusia di zaman ini dan makhluk asing ini?

Treler 45 saat tidak menunjukkan sesuatu yang menakjubkan. Tetapi Predators dilihat akan memburu manusia sebagai sukan dan manusia di zaman ini perlu cuba fikir cara paling efektif dan hebat untuk tumpaskan makhluk asing ini.

Filem ini juga akan disiarkan di Hulu, tidak seperti filem sebelum ditayangkan di pawagam. Tidak pasti jika Disney+ Hotstar akan menyiarkan filem ini ataupun tidak. Ia akan tiba di Hulu pada 15 Ogos akan datang.

Sohor Kini