EA dan FIFA sebelum ini telah menamatkan kerjasama, dan siri terakhir permainan simulasi bola sepak yang akan hadir bersama adalah FIFA 23. Selepas itu, EA akan hadir dengan jenama baru, EA Sports FC.
Ini sekaligus membawa kepada pelbagai spekulasi berkaitan siapa yang akan bekerjasama dengan FIFA dalam menghasilkan permainan bola sepak generasi seterusnya. Salah satu nama yang disebut-sebut adalah Take-Two.
Take-Two mengatakan mereka berminat untuk memperluaskan portfolio permainan mereka dalam arena sukan, dan FIFA mempunyai jenama yang kukuh. Namun, Take-Two tiada perancangan buat masa ini berkaitan dengannya.
Jadi, siapakah yang mungkin menjadi penerbit permainan “FIFA” seterusnya? Mungkinkah Take-Two, atau syarikat lain?