Hoyoverse iaitu pembangun dan penerbit untuk permainan popular Genshin Impact telah mengumumkan secara rasmi permainan seterusnya oleh mereka iaitu Zenless Zone Zero yang merupakan permainan aksi pengembaraan.

Anda boleh tonton treler pengumuman di bawah.

Buat masa ini ia masih di peringkat percubaan di mana anda boleh daftar untuk berpeluang mencuba permainan ini dengan lebih awal. Ia dibuka untuk iOS dan PC dengan platform tambahan akan disertakan kemudian.

Anda boleh lakukan pendaftaran melalui pautan ini.

Ini adalah permainan kedua yang diumumkan oleh Hoyoverse selepas Genshin Impact, di mana mereka juga sebelum ini membuka pendaftaran untuk sesi beta terutup bagi permainan Honkai Star Rail.

Sohor Kini