Seperti yang kita semua tahu, Netflix akan hadir dengan satu siri TV Resident Evil memfokuskan cerita keluarga Albert Wesker. Siri TV ini akan mempunyai dua garis masa, pertama di zaman silam bersama Jade dan Billie Wesker yang baru menyedari dunia ini dikawal oleh Umbrella Corporation.

Kemudian garis masa kedua di masa hadapan, Jade berusia sekitar 30 tahun dengan kurang 15 juta manusia di muka bumi dan 6 bilion raksasa pula muncul kerana wabak T-Virus – masih dihantui dengan rahsia bapa beliau Albert dan adik Billie sambil cuba membiasakan diri dengan norma baharu.

Dalam treler jelas kelihatan Albert sekeluarga tinggal di dalam kampus Umbrella dan Jade dan Billie dilihat telah menjalani satu eksperimen. Dari tahun 2022, treler terus pergi ke tahun 2036 di mana Jade sudah dewasa dan dalam pengembaraan mencari adik beliau Billie sambil menentang zombi dan raksasa kerana T-Virus.

Treler juga kelihatan cukup seram dan mengerikan. Ada banyak aksi dan kelihatan akan mempunyai banyak kejutan yang mungkin berada di luar jangkaan. Sinematografi juga nampak seram seriau, harap siri TV ini dapat memberikan satu pengalaman menonton baharu selepas kecewa dengan filem Resident Evil: Welcome To Racoon City daripada Sony yang hambar.

Sohor Kini