SNK Corporation telah mengumumkan yang Team South Town iaitu kumpulan watak DLC kedua untuk The King of Fighters XV akan dilancarkan pada 17 Mei 2022. Ia akan menyertakan tiga watak dari Fatal Fury iaitu Geese Howard, Billy Kane dan Ryuji Yamazaki.

Anda boleh tonton treler untuk mereka di bawah.

Bersama dengan tiga watak ini, mereka juga akan menerima kostum EXTRA yang akan menyertakan pemakaian klasik untuk watak-watak tersebut.

Team South Town boleh didapatkan dengan membeli Team Pass 1 yang turut menyertakan Team Garou yang sudah dikeluarkan pada bulan Mac lepas.

SNK Corporation sudah mengumumkan yang The King of Fighters XV akan menerima empat kumpulan watak DLC pada tahun ini dengan kumpula 3 dan 4 akan tibe pada suku ketiga dan akhir tahun ini.

The King of Fighters XV sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox Series dan PC. Anda boleh baca ulasan kami melalui pautan berikut; Ulasan The King of Fighters XV – Mudah Untuk Belajar, Sukar Untuk Mahir.

Sohor Kini