Prime Matter dan Smilegate sebelum ini telah mengumumkan yang permainan strategi masa nyata Crossfire: Legion akan dikeluarkan secara akses awal pada 24 Mei ini, terkini mereka telah mengumumkan yang versi akses awal tersebut akan menerima 24 unit tentera dan juga 3 commander menjadikan jumlah keseluruhan 45 unit dan 6 commander.

Anda boleh tonton perkongsian mengenai unit dan commander ini di bawah.

Seperti diumumkan sebelum ini, Crossfire: Legion akan menyertakan tiga puak iaitu Black List, Global Risk dan New Horizon dan 3 commander baharu yang disertakan adalah untuk tiga puak tersebut iaitu Freefall (Black List), Eclipse (Global Risk) dan Viper (New Horizon).

Crossfire: Legion versi akses awal akan ditawarakan melalui Steam untuk PC.

Sohor Kini