Prey, Jotun dan Redout Ditawarkan Secara Percuma Di Epic Games Store

Epic Games Store minggu ini telah menawarkan tiga permainan untuk tawaran permainan percuma mingguan mereka. Ia adalah Prey, Jotun: Valhalla Edition dan Redout: Enhanced Edition yang boleh ditebus bermula sekarang sehingga 19 Mei 2022.

Prey adalah permainan menembak first-person yang dibangunkan oleh Arkane Studios, ia memfokuskan kepada penceritaan yang bercabang dan juga elemen unik seperti dapat bertukar menjadi apa=apa barangan di dalam permainan, ia sudah dikeluarkan sejak tahun 2017 lagi.

Muat turun: Prey

Jotun: Valhalla Edition adalah permainan aksi pengembaraan yang dibangunkan oleh Thunder Lotus Games dan sudah dikeluarkan sejak tahun 2016. Permainan ini memfokuskan kepada pertempuran melawan boss, pengembaraan dan juga menyelesaikan tekaria.

Muat turun: Jotun: Valhalla Edition

Redout: Enhanced Edition adalah permainan perlumbaan yang menggunakan kapal ‘anti-graviti’. Ia dibangunkan oleh 34BigThings dan diterbitkan oleh 505 Games. Ia sudah dikeluarkan sejak tahun 2016 lagi, dan bakal menerima permainan susulan yang akan dikeluarkan sekitar tahun ini.

Muat turun: Redout: Enhanced Edition

Selepas tawaran untuk tiga permainan ini berakhir iaitu pada 19 Mei kelak, ia digantikan dengan permainan misteri yang buat masa ini tidak disahkan jumlah permainan percuma yang akan ditawarkan. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini