Square Enix dan pembangun Hand Inc telah melancarkan permainan terbaru mereka iaitu The Centennial Case: A Shijima Story iaitu satu permainan yang sepenuhnya secara aksi-nyata, dan mempunyai elemen interaktif yang akan memerlukan input daripada pemain.

Ia dilancarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Nintendo Switch dan PC melalui Steam. Anda boleh tonton video pelancaran di bawah.

Di dalam permainan ini, pemain akan menjadi Haruka Kagami iaitu penulis novel misteri yang cuba menyiasat mengenai empat pembunuhan yang berlaku sejak 100 tahun yang lalu di dalam keluarga Shjima. Pemain akan memasuki era-era berbeza bagi menyiasat pembunuhan ini.

Permainan ini diarahkan oleh Koichiro Ito yang pernah terlibat dengan Metal Gear Solid V dan diterbitkan oleh Junichi Ehara yang mempunyai kredit seperti Nier: Automata dan Babylon’s Fall. Dua pelakon utama untuknya adalah Nanami Sakuraba dan Yuta Hiraoka.

Sohor Kini