Bethesda hari ini telah mengumumkan yang dua permainan mereka iaitu Starfield yang sepatutnya tiba pada 11 November ini dan Redfall yang akan tiba sekitar tahun ini telah ditunda ke tahun pertengahan pertama tahun 2023.

Starfield yang boleh dikatakan sebagai permainan terbesar dari Xbox Game Studios dan juga permainan utama oleh Bethesda buat sekian lama sudah semestinya satu pengumuman yang mengecewakan. Namun, jika ia akan memberikan kualiti yang lebih baik ia satu perkara yang tepat untuk dilakukan.

Redfall adalah permainan koperasi dunia terbuka yang dibangunkan oleh Arkane Austin yang juga studio di bawah Bethesda. Sebelum ini ia tidak menerima sebarang tarikh pelancaran akan tetapi dikatakan tiba pada tahun ini.

Mereka sekadar mengatakan yang pembangun untuk kedua-dua permainan tersebut mempunyai cita-cita yang tinggi bagi permainan mereka oleh itu masa yang lebih ini akan memastikan cita-cita tersebut dapat dipenuhi.

Sohor Kini