Pada akhir bulan lepas, Activision telah mengumumkan yang kandungan berdasarkan Godzilla vs Kong akan disertakan di dalam Call of Duty Warzone dan juga Call of Duty Vanguard. Operation Monarch tersebut kini bermula dan anda boleh tonton treler pelancaran di bawah.
Selain itu, mereka juga telah mengumumkan acara masa terhad untuk Call of Duty Warzone kini tiba dan berlangsung sehingga 25 Mei. Mod ini melibatkan 60 pemain dan digalakkan mempunyai pasuakn berempat.
Selain menjadi pasukan terakhir yang selamat, pemain juga boleh mencari Monarch Intel untuk diisi dalam S.C.R.E.A.M Device yang akan melakukan serangan berdasarkan Godzilla dan juga Kong.
Semasa bermain, Godzilla dan Kong juga akan menampilkan diri dan jika menghampirinya pemain boleh diserang. Kedua-dua raksasa ini juga boleh memasuki ‘Titan Frezy’ di mana ia akan mengila, pemain boleh memilih untuk melarikan diri ataupun menenangkan mereka dengan menyerang.
Pemain yang melakukan serangan tertinggi akan terus mendapat S.C.R.E.A.M Device manakala pemain lain akan mendapat intel. Terdapat pelbagai cabaran yang boleh dilakukan untuk mod ini yang menawarkan ganjaran seperti “Ancient Rivalry” Marksman Rifle Blueprint.
Call of Duty Vanguard dan Call of Duty Warzone sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC. Warzone adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.