Bersempena dengan hadirnya semula Cadbury Zip, Cadbury telah bekerjasama dengan Mobile Legends: Bang Bang untuk menganjurkan kempen beli dan menang yang memberi pelung kepada pembeli untuk mendapatkan Diamonds Mobile Legends dan juga Razer Kishi.

Sepanajang bulan Mei ini, pemain boleh beli satu Cadbury Zip dan hantar maklumat mengenai pembelian ke https://www.zip.cadbury.com.my untuk berpeluang mendapatkan 100 Diamonds Mobile Legends ia ditawarkan untuk 1500 pemenang.

Selain itu, pemain juga boleh membeli barangan Cadbury di 7-11 bernilai sekurang-kurangnya RM9 dengan salah satu daripada barangan tersebut adalah Cadbury Zip untuk berpeluang memenangi kostum khas Mobile Legends dan juga Razer Kishi. Ia adalah untuk 12 orang pemenang, 3 orang pemenang setiap minggu.

Anda boleh layari https://www.zip.cadbury.com.my untuk maklumat lanjut dan juga menyertai kempen ini.

Sohor Kini