Razer telah mengumumkan tetikus gaming baharu iaitu Viper V2 Pro yang hadir dengan rekaan ‘ultra-ringan’, di mana ia adalah seberat 58 gram sahaja dan 20% lebih ringan berbanding dengan Viper Ultimate yang dikeluarkan pada tahun 2019.
Mereka juga mengatakan yang mereka tidak mengorbankan prestasi semata-mata untuk menjadikan ia satu tetikus yang ringan, sebaliknya ia tetap menyertakan pelbagai fungsi dan kualiti yang diinginkan di dalam satu tetikus gaming.
Viper V2 Pro akan menggunakan teknologi Sensor Focus Pro 30K Optikal yang akan memberi penggunaan yang lebih jitu, dengan ketepatan resolusi 99.9%. Ia juga mempunyai fungsi AI seperti Smart Tracking, Motion Sync dan Asymmetric Cut-off yang menyokong sehingga 26 tahap berbutir.
Bagi pengalaman menekan, ia menggunakan Razer Optical Mouse Switches Gen-3 yang dikatakan tidak akan mempunyai sebarang masalah double-clicking. Razer juga mengatakan ia akan mempunyai ketahanan sehingga 90 juta klik, 25% lebih tinggi berbanding Switch yang lepas.
Razer Viper V2 Pro ditawarkan dengan harga RM749 di Malaysia dan anda boleh dapatkan di mana-mana pengedar rasmi Razer dan juga laman rasmi mereka, ia ditawarkan dengan dua warna iaitu Hitam dan Putih.