Penerbit Moon Knight Akan Menerbit Filem Fantastic Four

Fantastic Four adalah filem adiwira seterusnya dalam Marvel Cinematic Universe. Marvel Studios telah pun mengacah kehadiran filem ini sejak tahun 2020 dan ia sudah mula membuatkan peminat bercakap tanpa henti.

Sebelum ini Jon Watts iaitu pengarah filem Spider-Man dilantik sebagai pengarah Fantastic Four. Namun kerana ingin rehat daripada filem-filem adiwira, beliau tidak lagi menjadi pengarah filem ini.

Terkini, penulis Moon Knight iaitu Jeremy Slater mendedahkan mengenai perkembangan filem Fantastic Four. Menurut beliau, penerbit eksekutif Moon Knight iaitu Grant Curtis dan Nick Pepin akan menjadi penerbit eksekutif untuk Fantastic Four.

Buat masa ini filem Fantastic Four masih tiada skrip penuh, senarai pelakon dan pengarah lagi. Apatah lagi sinopsis seperti tahun manakah Fantastic Four ini akan berlaku dan bagaimanakah penglibatan mereka dengan MCU, seperti di mana mereka selama ini. Oleh itu, sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini