Lenovo minggu ini telah mengumumkan pelancaran model baharu untuk penawaran komputer riba mereka iaitu Lenovo Legion 7i yang dikuasakan dengan cip Intel dan Lenovo Legion 7 yang menggunakan cip AMD. Selain itu mereka juga hadir dengan variasi yang lebih nipis dan ringan iaitu Lenovo Legion Slim 7i dan Lenovo Legion Slim 7.
Lenovo Legion 7 dan 7i ini hadir dengan skrin 16-inci dengan resolusi WQXGA iaitu 2560 x 1600, menurut Lenovo ia adalah komputer riba 16-inci pertama yang hadir dengan resolusi tersebut. Ia menggunakan panel IPS dan menyokong Kadar Segar Semula sehingga 240Hz dan Jangka Reaksi sehingga 3ms.
Berikut adalah spesifikasi lain untuk setiap model ini;
Lenovo Legion 7i
Lenovo Legion Slim 7i
Lenovo Legion 7
Lenovo Legion Slim 7
Tarikh pelancaran dan juga harga di pasaran Malaysia akan diumumkan tidak lama lagi.