Capcom minggu ini telah berkongsi lanjut mengenai Monster Hunter Rise: Sunbreak yang antaranya memperlihatkan tiga raksasa baharu yang akan tiba di dalam penambahan ini. Anda boleh tonton treler baharu untuknya.

Treler ini memfokuskan kepada Malzeno iaitu elder dragon yang boleh diburu oleh pemain di dalam penambahan ini. Ia mempunyai pelbagai serangan termasuk juga yang memberikan “bloodblight” yang akan mengurangkan penyembuhan pemain.

Tiga raksasa yang akan disertakan adalah Seregios iaitu raksasa yang dipekenalkan di dalam Monster Hunter 4 Ultimate, selain itu Aurora Somnacanth dan Magma Almudron yang merupakan variasi baharu untuk raksasa di dalam Rise.

Selain itu, Capcom juga mengumumkan mod Follower Collab Quest, di mana pemain boleh melakukan sesuatu misi bersama dengan watak-watak di dalam permainan yang di kawal oleh AI. Ia akan memberikan cara baharu untuk memburu.

Monster Hunter Rise sudah dikeluarkan untuk Nintendo Switch dan PC.

Sohor Kini