Realme 9 Pro+ Edisi Free Fire Akan Dikeluarkan Pada 18 Mei

Realme telah mengumumkan yang telefon pintar Realme 9 Pro+ Edisi Free Fire akan dilancarkan di pasaran Malaysia pada 18 Mei 2022 ini. Ia merupakan model yang sama dengan Realme 9 Pro+ yang dilancarkan pada bulan Februari lepas, tetapi menyertakan rekaan khusus untuk edisi ini.

Antara kelainan utama untuk versi ini adalah bahagian belakang telefon yang mempunyai tulisan Free Fire dan juga rekaan yang memberikan warna prisma. Di dalam kotak, ia juga mempunyai pelbagai barangan berdasarkan Free Fire seperti pelekat dan juga kotak rekaan khas.

Dari segi spesifikasi, ia hadir dengan skrin bersaiz 6.4″ SAMOLED dengan sokongan kadar segar semula sehingga 90Hz dan resolusi 1080 x 2400. Cip pemprosesan ia menggunakan Dimenstiy 920. Bagi storan ia mempunyai 256GB storan dan 8GB RAM. Saiz bateri adalah 4000 mAh dan menyokong pengecasan pantas sehingga 60W.

Maklumat lanjut mengenai telefon ini akan dikongsikan pada 18 Mei ini di Facebook rasmi Realme Malaysia.

Sohor Kini